Friday, May 9, 2008

Ulasan Buku : Rahsia Blogger

Judul : Rahsia Blogger Membongkar Rahsia Buat Duit Dengan Blog
Pengarang : Mohd Suhaimy Abu Bakar/Mohammed Farid Sulaiman
Penerbit : Truewealth Sdn. Bhd., K.Lumpur
Genre : Internet Marketing
Tahun : 2007
Harga : RM29.90
Tebal : 111 halaman
Web Sites : www.rahsiablogger.com



BUKU ini amat sesuai untuk blogger yang ingin memulai blog. Di samping menulis blog kita dapat membuat duit dengan blog tersebut. Bagaimana cara membuatnya?

Dua penulis buku ini menerangkan asas-asas bidang blog, blogger, blogging dan post/entry. Penerangan juga berkisar sekitar jenis, sejarah, kelebihan blog berbanding laman web dan aplikasi blog. Dengan memahami perkara-perkara ini, blogger akan mengetahui ruang lingkup blog semasa.

Pembaca diajar membina blog dengan blogger.com yang ada hubungan google. Bagaimana cara mendaftar dan membuka akuan blogger; menghasilkan blog; dan menulis entry. Setelah jelas tentang blog, pembaca dimotivasikan membuat duit dengan blog iaitu buangkan rasa malu serta sediakan strategi.

Antara teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan wang daripada blog iaitu :
1.Menyertai Program Pengiklanan
www.google.com/adsense
www.text-link-ads.com
www.reviewme.com
www.nuffnang.com.my
www.advertlets.com

2.Menyertai Program AffĂ­liate
www.paydotcom.com
www.amazon.com
www.7dollaroffers.com
www.maskahwin.com
www.ideahebat.com
www.adikbijak.com
www.belajarbahasaarab.com
www.alatpenjimatan.com

3.Menjual Produk Sendiri

Untuk menghasilkan wang yang banyak, blog perlu dilawati ramai pelawat. Bagaimana mengatasi masalah tersebut? Penulis menyarankan blogger mengadakan promosi blog mereka melalui cara menarik trafik ke blog secara percuma :
1.Isi kandungan yang menarik. Memasukkan gambar, video, audio ataupun animasi di dalam post.
www.youtube.com – koleksi video
www.blaugh.com – koleksi kartun

2.SEO (Search Engine Optimization).
http://tools.seobook.com/general/keyword

3.Enjin Carian (Search Engine) blog di Internet
www.technorati.com

4.RSS (Really Simple Sydication)
www.feedburner.com
www.bloglines.com

5.Mybloglog
www.mybloglog.com

6.Bersosial di Internet
6.1.Chat
Yahoo messenger
Gtalk
MSNLive

6.2.Forum
Cari.com.my
Mesra.net
Bincang.net
Jiwang.org

6.3.Meninggalkan komen di blog orang lain

7.Trackback iaitu proses meninggalkan komen untuk memberi makluman dilakukan secara automatik.

Seterusnya penulis memberi 10 tip menghasilkan blog hebat sebagai seorang penulis blog yang professional dan disegani :
1.Sediakan strategi
2.Menulis topik yang diminati
3.Kekerapan mengemaskini blog
4.Membina personaliti blog
5.Blog anda kata anda
6.Menjawab komen pelawat
7.Letakkan borang atau maklumat hubungan anda
8.Dapatkan nama domain sendiri
9.Kumpul senarai e-mail
10.Fokus dan usah melompat-lompat

Namun ada kejutan dari segi laras bahasa dua penulis buku ini. Didapati bahagian awal bahasanya agak berselora dan bersahaja. Tiba-tiba di satu bahagian kita dikejutkan bahasa yang berbeza iaitu bahasa yang agak serius. Perlu diingat dua penulis dalam satu buku perlulah berbincang dan sepakat menggunakan laras dan gaya bahasa agar tidak mengganggu pembaca. Apa pun buku tentang blog ini berjaya membawa kita ke bidang blog yang luas dan banyak perkara belum diterokai orang ramai. Banyak peluang masih kosong perlu diisi oleh blogger.

No comments: