Tuesday, May 20, 2008

Ulasan Buku : Klik Untuk Kaya : 8 Rahsia Jutawan Siber : Panduan Membuka Bisnes Siber

Judul : Klik Untuk Kaya : 8 Rahsia Jutawan Siber : Panduan Membuka Bisnes Siber
Pengarang : Rosli Jamal
Penerbit : Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd., Kuala Lumpur
Web Site : www.ameenbooks.com.my
Genre : Internet Industry, Electronic Commerce, Success in Business
Tahun : 2005
Harga : RM29.00 (Sem. Malaysia); RM32.00 (Sabah/Sarawak)
Tebal : 262 halaman



PENGARANG buku ini merupakan penulis berbakat tentang Perniagaan Internet, memiliki blog berkaitan Perniagaan Internet dan mengadakan kursus-kursus kepada peminat Perniagaan Internet. Daripada latarbelakang penulis sebegini memberikan keyakinan pembaca untuk meneruskan bacaan dan mencari sesuatu yang berfaedah.

Menurut pengarang ini, pasaran yang menguntungkan ialah ibarat sebuah tasik yang dipenuhi ribuan ikan yang sedang kelaparan. Jelas sekali ini menggambarkan bidang Perniagaan Internet sangat luas untuk diceburi seperti Program Pengiklanan, Program Affiliate (Rakan Niaga) atau Pemasaran.

Tambahan beliau lagi, dalam memasarkan produk tawarkan produk lain selepas pelanggan membuat pembelian. Perkara ini banyak memberi kelebihan kepada penjual dan pelanggan.

Ada di beberapa tempat pengarang mengulang-ulang perkara yang sama. Bagi mereka yang inginkan fakta dan maklumat tentu beranggapan suatu hal yang merugikan masa. Namun begitu, kepada mereka yang baru berjinak dengan dunia Perniagaan Internet membuat mereka lebih faham lagi.

25 tips pemasaran yang boleh menjadikan Peniagaan Internet anda meletup :
1. Cipta atau pilih produk yang anda yakini orang mahu, bukan produk yang anda fikir mereka perlu.
2. Jual produk anda menggunakan sales latter.
3. Jangan jadikan laman web anda dilihat seperti laman web menjual.
4. Pastikan laman web anda hanya mmpunyai satu fokus.
5. Kurangkan animasi grafik di laman web anda.
6. Pastikan laman wenb anda mudah dibuka.
7. Testimoni produk anda adalah penting.
8. Gunakan huruf arial.
9. Gunakan ayat mudah dan ringkas.
10.Menulis seperti bercakap dengan seseorang.
11.Terangkan dengan tepat dan jelas proses pembelian kepada prospek.
12.Pastikan email pendek.
13.Email, laman web dan rencana perlu mudah.
14.Balas segera email yang diterima.
15.Tuliskan nama penerima email di dalam ‘Subjek Line’.
16.Jangan hantar email kepada penerima yang tidak dikenali (spam).
17.Tampilkan personaliti diri anda.
18.Ingat, anda sebenarnya di dalam perniagaan.
19.Bina hubungan.
20.Mulakan online newsletter atau ezine.
21.Cari jalan membina kredibiliti.
22.Pastikan segalanya adalah mudah.
23.Perniagaan Internet berkembang pantas melalui ‘Rakan Perniagaan’.
24.Jadi manusia.
25.Jangan berhenti.

Blog peribadi penulis :
http://rosli-jamal.blogspot.com
http://www.ceocyber.com

No comments: