Thursday, May 22, 2008

Ulasan Buku : Buat Duit Dengan MLM

Judul : Buat Duit Dengan MLM
Pengarang : Norziati Mohd Rosman
Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd., K.Lumpur
Genre : Multilevel Marketing
Tahun : 2008
Harga : RM18.00(Sem. Malaysia) RM21.00 (Sabah/Sarawak)



PERNIAGAAN MLM (Multilevel Marketing) biasanya dapat melahirkan jutawan. Melalui pelbagai anugerah dan hasil pendapatan yang lumayan serta pembelian kereta atau bungalow mewah menggambarkan kejayaan sesebuah syarikat MLM. Buku ini membongkar rahsia untuk usahawan MLM mencapai kejayaan.

Bermula dengan mengenali dahulu syarikat yang dimasuki, pengarang menjelaskan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Antaranya ialah memastikan tempoh berapa lama syarikat melibatkan diri; melihat aktiviti yang dijalankan dan dirancangkan; melihat produk yang ditawarkan; benar-benar sebuah syarikat MLM atau tidak; dan kepatuhan pada undang-undang tempatan.

Pengarang juga menjelaskan enam perkara yang perlu dielakkan iaitu :
1. Menyerah diri pada nasib.
2. Berfikir keuntungan adalah perkara memalukan.
3. Tiada niat atau matlamat hendak berjaya.
4. Terlalu berlembut.
5. Hanya ingin mencari kejayaan dalam masa yang singkat
6. Kurang keinginan hendak belajar.

Dalam MLM, terdapat lima prinsip asas yang dikenali 5S. Selling iaitu menjual, Sponsoring iaitu menaja, Service iaitu memberi khidmat, Schooling iaitu menimba ilmu, dan Strategy iaitu membina strategi. Prinsip ini penting dilakukan setiap hari semua pengedar sekiranya mahu berjaya.

Buku ini didapati isinya ringkas dan padat. Tiada huraian yang melerek-lerek amat sesuai kepada pembaca berbagai peringkat. Apa yang diterangkan adalah mudah difahami dan dipraktikkan serta disampaikan semula oleh usahawan MLM.

No comments: